Polis siasat dakwaan anggota terima rasuah

Polis siasat dakwaan anggota terima rasuah

TANGKAP layar video kejadian rasuah yang didakwa melibatkan anggota polis di Butterworth, Pulau Pinang yang tular di media sosial sejak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan susulan rakaman video tular melibatkan anggotanya didakwa menerima rasuah yang didakwa berlaku di Bagan Ajam, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video kejadian itu berdurasi 1.01 minit menerusi aplikasi TikTok pada pukul 10 pagi. 

Katanya, rakaman video yang dimuatnaik oleh pemilik akaun ‘Iqalice1 Babymeylice’ memaparkan dakwaan anggota polis menerima rasuah daripada seorang lelaki.

“Susulan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS) pukul 11.30 pagi.

Ujar beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. 

Menerusi rakaman video yang tular itu, kelihatan seorang wanita menghulurkan wang sebanyak RM200 kepada seorang lelaki yang kemudiannya keluar dari kereta dan dipercayai menuju ke kenderaan polis untuk menyerahkan wang terbabit. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya