DUNGUN: Polis giat mengesan pemandu kenderaan berwarna kelabu yang didakwa memandu secara melawan arus di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berdekatan Kuala Abang di sini semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kejadian berkenaan dipercayai berlaku kira-kira pukul 7 pagi selepas video berdurasi 27 saat tular di laman sosial Facebook.
“Tindakan pemandu itu mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain dan kita sedang mengenal pasti model serta nombor pendaftaran kereta berwarna kelabu itu.
“Justeru, polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN