Polis, JPJ pantau 16 lokasi kerap kemalangan di Kelantan

Polis, JPJ pantau 16 lokasi kerap kemalangan di Kelantan

MUHAMAD Zaki Harun menyampaikan bungkusan makanan dan risalah keselamatan jalan raya sempena pelancaran Op Selamat Ke-18 di laluan masuk ke Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. - FOTO/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Polis dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan menempatkan anggota masing-masing di 16 lokasi kerap berlaku kemalangan di seluruh negeri menerusi Op Selamat yang dilancarkan hari ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, 16 lokasi terbabit terletak di semua laluan perhubungan utama antara Kota Bharu dengan Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok dan Gua Musang.

Menurutnya, penugasan antara polis dan JPJ itu akan dibuat secara penggiliran merangkumi aspek penguatkuasaan undang-undang, kawalan keselamatan serta pemantauan kesesakan jalan raya.

“Op Selamat Kali Ke-18 ini turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi lain yang akan turut membantu sekiranya berlaku kemalangan jalan raya dan kejadian tidak diingini. Kita cuba untuk tidak mengeluarkan saman kerana urusan ini yang dibuat di bahu jalan juga akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Polis tidak bangga dengan kuantiti saman yang meningkat, tetapi lebih berbangga jika pengguna tidak melakukan kesalahan dan patuh arahan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar selepas Pelancaran Op Selamat 18/2022 di Pejabat JPJ Bukit Jawa, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Musuari Abdullah dan Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Mohd. Nasir Deraman.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, perantau yang pulang beraya di negeri ini sudah tentu boleh menjangkakan kesesakan lalu lintas dan mereka dinasihatkan supaya bersabar berdepan situasi itu.

“Dalam Op Selamat sebelum ini, peratusan kes kemalangan maut di negeri ini mencatatkan penurunan dan sepanjang Op Selamat tahun ini, kita harap rekod tersebut dapat dikekalkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya