Tabung Haji perkenal Pelan HIJRAH24, perkasa pengurusan organisasi

Tabung Haji perkenal Pelan HIJRAH24, perkasa pengurusan organisasi

tabung haji
ISMAIL Sabri Yaakob menyampaikan sumbangan duit raya kepada penghuni rumah anak yatim Kompleks Darul Kifayah selepas melancarkan Pelan Transformasi TH- Hijrah24, di Menara TH, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji hari ini memperkenalkan Pelan HIJRAH24 yang merangkumi 24 inisiatif strategik bagi memacu organisasi itu untuk tempoh tiga tahun akan datang iaitu sehingga 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua inisiatif yang terkandung dalam pelan tersebut memberi tumpuan kepada pengukuhan struktur tadbir urus korporat, operasi serta didorong oleh inisiatif digitalisasi.

“Pelan HIJRAH24 diyakini dapat melonjakkan semula aktiviti perniagaan serta pelaburan Tabung Haji bagi memastikan kesinambungan dan kecemerlangannya secara berterusan.

“Saya mendoakan agar HIJRAH24 ini dapat dikotakan pada akhir tempoh 2024 seperti yang dirancang. Syabas juga saya ucapkan kepada Tabung Haji kerana sentiasa bersedia melakukan transformasi untuk kekal dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Pelan HIJRAH24 Lembaga Tabung Haji 2022-2024 dan majlis berbuka puasa bersama warga Tabung Haji dan anak-anak yatim di Menara Tabung Haji hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dan Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Azman Mokhtar.

Melalui HIJRAH24, Tabung Haji menetapkan sasaran utama iaitu peningkatan saiz dana berjumlah RM100 bilion pada 2024.

Pelan itu turut menyasarkan penambahan jumlah pendeposit meliputi lebih 50 peratus daripada penduduk Islam Malaysia.

Pada masa sama, pelan itu menyasarkan keuntungan boleh agih kepada pendeposit pada kadar melebihi 0.75 peratus daripada kadar pulangan Islamik.

Selain itu, HIJRAH24 mahu memastikan peningkatan pengguna THiJARI melebihi 4 juta pengguna.

Malah, pelan itu menyasarkan Indeks Kepuasan Pelanggan melebihi 90 peratus dan Indeks Penglibatan Anggota melebihi 75 peratus.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya