PM diingatkan PN perlu dirunding sebelum tentukan tarikh bubar Parlimen - Utusan Malaysia

PM diingatkan PN perlu dirunding sebelum tentukan tarikh bubar Parlimen

MUHYIDDIN Yassin bersama pemimpin-pemimpin anggota PN mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, di Sri Perdana, Putrajaya. - FB MUHYIDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Perikatan Nasional (PN) sebagai parti utama membentuk Kerajaan Persekutuan hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi PN berkenaan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri bersama pimpinan parti-parti anggota PN semalam di Sri Perdana, di sini diikuti majlis berbuka puasa.

Kata beliau, dalam pertemuan itu, Perdana Menteri menekankan hubungan kerjasama dengan PN dalam Kerajaan Persekutuan dan memberikan komitmen untuk berunding dengan PN dalam menentukan dasar-dasar utama negara.

“Kami membincangkan hal ehwal semasa yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Antara yang hadir dalam pertemuan itu ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden STAR Sabah, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan; Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya