PKR: Anwar masih relevan, perlu pasukan lebih baik

PKR: Anwar masih relevan, perlu pasukan lebih baik

ANWAR IBRAHIM dan RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pembentukan pasukan baharu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) diyakini mampu membolehkan Pakatan Harapan (PH) mencipta kejayaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Gabungan antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd. Rafizi Ramli diyakini akan mengukuhkan kepimpinan PKR dalam berhadapan pihak lawan menjelang PRU15.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimin berkata, Presiden PKR itu memerlukan pasukan baharu setelah pasukan yang ada sekarang gagal meraih kemenangan.

RAZEEF RAKIMIN

“Saya yakin selepas pemilihan PKR, akar umbi akan memilih Rafizi dan PKR serta PH mampu membentuk pasukan baru mendepani Barisan Nasional dan Perikatan Nasional pada PRU15 akan datang.

“Ini adalah apa yang diperlukan Anwar Ibrahim selepas pasukan yang ada gagal. 

“Bukan sahaja saya, malah rakyat juga akan lebih percaya kepada gabungan dua tokoh ini dalam mengemudi KeAdilan serta membawa PH lebih hebat dari gelombang PRU14 lalu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Razeef berkata, kaji selidik yang dijalankan firma penyelidikan bebas, Ilham Centre yang menyatakan Anwar Ibrahim wajar bersara merupakan kajian yang tidak mengambil kira semua faktor.

Menurut beliau, hasil kajian ini adalah meliputi sokongan terhadap PH serta melalui keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor. 

Berdasarkan keputusan ini sudah tentu segala kesalahan dan kegagalan akan diletakkan di bahu Anwar beliau selaku Pengerusi PH.

“Namun pada pandangan saya setiap kekalahan dan kegagalan PH tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada seorang sahaja. Perkara ini perlu ditanggung oleh sebuah pasukan sama ada dari unit pilihan raya, strategi, penerangan dan komunikasi.

“Saya melihat beliau (Anwar) masih mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin bukan sahaja kepada PKR dan PH malah, negara ini. 

“Beliau mempunyai visi dan saya yakin ia mampu dilaksanakan. Namun, beliau perlukan pasukan dan ‘orang kanan’ yang mampu membantunya,” katanya. –UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya