PGA tumpaskan penyeludupan mercun dan bunga api haram

PGA tumpaskan penyeludupan mercun, bunga api haram

Jumlah rampasan bunga api dan mercun yang dikumpul oleh sekumpulan individu yang menjalankan sindiket berkenaan di sebuah rumah di Jalan Din Lik Kong, Sibu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 10 menahan seorang lelaki dan berjaya merampas sebanyak 357 kotak mercun dan bunga api bernilai RM150,000, dalam satu operasi semalam.

Pegawai pemerintahnya, Supt. Mohammad Hafiz Kadir berkata, tangkapan itu dibuat dalam serbuan ‘Op Kontraband’ oleh sepasukan penguat kuasa pihaknya kira-kira jam 11.45 pagi Rabu di sebuah premis di Jalan Ding Lik Kong.

“Jumlah mercun dan bunga api itu terkandung dalam 357 kotak dengan anggaran nilai pasaran RM150,500. Seorang lelaki yang berada di premis itu turut ditahan untuk siasatan polis,” katanya.

Rampasan bunga api itu dibuat dibawah Seksyen 8 Akta Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh (7) tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Tambah Kadir, mereka yang terlibat dalam sindiket ini telah menjadikan bandar Sibu sebagai pusat pengedaran seludup ke tempat berhampiran.

“Barang-barang itu dihantar ke sini dari Bintulu dengan sebuah kapal kargo dan juga sebuah kenderaan.

Mereka kemudian menyimpan kesemua barangan tersebut di premis di Jalan Ding Lik Kong selama dua minggu sebelum suspek berjaya ditangkap, bagaimanapun barang-barang itu telah dirampas daripada pihak mereka,” katanya.

Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat mengenai aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian hotline 084-211411.

Secara keseluruhannya, aktiviti penguatkuasaan yang di jalankan oleh pihaknya dari Januari hingga April tahun ini, PGA telah menjayakan 10 operasi melibatkan 13 orang ditahan.

Daripada kesemua itu, sejumlah RM3.3 juta barangan dirampas seperti rokok dan bir haram, kayu balak dan minyak diesel. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya