Perkenal dasar sesuai atasi masalah sosial remaja yang makin serius

Perkenal dasar sesuai atasi masalah sosial belia yang makin serius

OH TONG KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Pusat dicadangkan mengenakan dasar-dasar yang sesuai untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan golongan belia seperti penagihan dadah dan terlibat dengan lumba haram yang semakin serius.

Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Oh Tong Keong berkata, masalah-masalah sosial itu yang disifatkan seperti penyakit barah dapat memusnahkan keharmonian keluarga seterusnya menjejaskan pembangunan masa depan negara. 

Dalam masa sama, beliau mencadangkan satu jawatankuasa antara jabatan-jabatan terlibat dapat ditubuhkan untuk mengkaji cara bagi membasmi dan mengelakkan masalah sosial dalam kalangan remaja itu bertambah serius.

“Peningkatan kes penagihan dadah dan perlumbaan haram dalam golongan belia harus dilihat sebagai satu masalah sosial, bukannya isu perkauman. 

“Maka, kerajaan Pusat harus memandang serius masalah sosial ini dan kerjasama antara jabatan untuk mengatasinya harus disegerakan sebelum menjadi lebih mudarat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim menyeru kepada semua pihak terutamanya parti politik yang berteras Melayu supaya bersatu bagi mengatasi pelbagai masalah sosial yang melanda negara ini.

Menurut Rais, perkara kebejatan sosial yang berlaku itu harus sama-sama difikirkan dan perlu tindakan segera terutama dalam kalangan pemimpin masyarakat dan pemimpin politik.

Sementara itu, Tong Keong yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata, kes masalah sosial yang melonjak tinggi itu turut menuntut setiap rakyat perlu bersatu padu dalam mengatasinya dan sama-sama menjadikan kehidupan di negara ini lebih baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya