Penunggang motosikal tular siku wanita diburu - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal tular siku wanita diburu

TANGKAP layar kejadian seorang penunggang motosikal lelaki menyiku wanita diboncengnya di Jambatan Teluk Gadong, Jalan Sungai Bertih di Klang, Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal lelaki yang tular menyiku wanita diboncengnya di Jambatan Teluk Gadong, Jalan Sungai Bertih di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, perkara itu dikesan pihaknya menerusi satu video berdurasi 11 saat di laman Facebook, kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Katanya, rakaman kamera papan pemuka kenderaan itu memaparkan tindakan seorang lelaki yang menunggang motosikal menyiku pemboncengnya iaitu wanita secara berulang kali.

“Berdasarkan rakaman itu, lelaki berkenaan menyiku menggunakan tangan kiri sebanyak dua kali ke arah kepala wanita tersebut. Setakat ini, identiti penunggang dan pembonceng motosikal itu  belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Hoong Fong, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dua individu tersebut.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendatangkan kecederaan. Selain itu, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan.

“Polis turut menasihatkan pengguna jalan raya sentiasa berwaspada memandu atau menunggang kenderaan supaya tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain,” jelasnya.

Terdahulu, video yang tular sejak empat hari lalu itu mendapat kecaman netizen apabila didakwa turut melibatkan seorang kanak-kanak yang menaiki motosikal sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya