Peniaga Pasar Payang berhabis hias kedai untuk tarik pelanggan

Peniaga Pasar Payang berhabis hias kedai untuk tarik pelanggan sempena Aidilfitri

WAN Mohd. Arman Wan Abdullah (kanan) dan Mohd. Syarafuddin Abdullah memasang hiasan berkonsepkan Aidilfitri di setiap lorong di Pasar Payang 2 bagi menceriakan sambutan Syawal pada Selasa depan. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bahang kemeriahan Aidilfitri yang makin terasa mendorong kalangan peniaga di Pasar Payang 2 di sini mencipta kelainan dengan menghias kedai masing-masing bertemakan hari raya.

Kelainan yang ditonjolkan itu bertujuan menceriakan suasana Syawal di pasar pelancongan popular berkenaan di samping bagi menarik lebih ramai pelanggan ke kedai masing-masing.

Seorang peniaga, Wan Mohd. Arman Wan Abdullah, 35, berkata, rata-rata mereka sanggup berhabis hampir RM100 bagi membeli lampu kelip-kelip, ketupat dan pelbagai hiasan lain.

“Kami bersemangat untuk menghias kedai selepas dua tahun suasana Aidilfitri di pasar ini suram tanpa kunjungan pelancong susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jadi tahun ini kami keluar sedikit modal untuk membeli pelbagai perhiasan dan secara tidak langsung dapat menarik kedatangan pengunjung yang dijangka meningkat Syawal nanti,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, Mohd. Sharafuddin Abdullah, 33, berkata, inisiatif berkenaan dalam masa sama dapat mengeratkan semangat kekitaan dalam kalangan peniaga.

Katanya, suasana di Pasar Kedai Payang cukup meriah kali ini dengan kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya