Pengkalan Kubor dibanjiri pelancong domestik

Pengkalan Kubor dibanjiri pelancong domestik

ORANG ramai membanjiri kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor, Tumpat –UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Biarpun pintu sempadan Kelantan – Thailand belum dibuka, urus niaga di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor di sini tetap rancak de­ngan kehadiran penduduk tempatan dan pelancong domestik.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kawasan itu tidak putus-putus menerima kehadi­ran pengunjung selepas peralihan fasa endemik di seluruh negara dikuatkuasakan bermula 1 April lalu.
Peniaga toto, cadar, selimut dan tikar, Mohd. Azam Yasin, 44, berkata, sejak Jumaat lalu, dia tidak menang tangan melayan pelanggan yang datang membeli-belah bermula pukul 11 pagi sehingga lewat petang.

“Kebanyakan pelanggan dari luar Kelantan yang balik bercuti atau melancong ke negeri ini. Memang rasa lega sangat melihat situasi ini kerana kami sudah lama terputus punca pendapatan.

“Cuma sekarang ini, kami berdepan masalah kenaikan le­bih sekali ganda kos upah untuk mengangkut pelbagai jenis barangan yang diambil dari Thailand,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kata Mohd. Azam lagi, operasi perniagaan di kawasan bebas cukai itu sebelum ini terjejas teruk, namun, beransur pulih sejak Oktober tahun lalu selepas kerajaan membenarkan rakyat merentas sempadan negeri.

“Saya harap pintu sempadan Kelantan-Thailand akan dibuka secepat mungkin seperti di Kedah dan Perlis. Rasanya kos pengangkutan untuk bawa barang dari Thailand pun akan turun jika pintu sempadan negeri ini dibuka,” katanya.

Peniaga barangan dapur dan kelengkapan rumah, Halim Husain, 54, turut lega apabila perniagaannya kembali rancak sejak 1 April lalu selepas berbulan-bulan berniaga tidak balik modal.

“Alhamdulillah, syukur sangat-sangat jualan saya semakin laju sekarang. Cuma dalam keadaan perniagaan semakin rancak, kami berdepan pula masalah kos angkut barang sampai lima kali ganda lebih mahal.

“Saya harap kerajaan dapat buka pintu sempadan negeri ini supaya saya dapat pergi sendiri ke Thailand dan dapatkan bekalan barangan di sana tanpa perlu melalui orang tengah yang mengenakan caj mahal,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya