Penghantar makanan patah tangan langgar kawanan gajah

Penghantar makanan patah tangan langgar kawanan gajah

MOHAMAD Syamil Mohd. Zainol patah tangan kanan dan menerima jahitan di dahi selepas berlanggar dengan kawanan gajah ketika melalui Kilometer 85 Jalan Kluang - Kota Tinggi, Kluang, Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang penghantar makanan nyaris maut selepas motosikal ditunggang bertembung sekumpulan gajah di Kilometer 85 Jalan Kluang – Kota Tinggi di sini, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng, mangsa Mohamad Syamil Mohd. Zainol, 23, patah tangan kanan dan luka di dahi.

Beliau berkata, motosikal jenis SYM milik mangsa mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan itu.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dari Kluang hendak ke arah Pekan T6 dan sebaik sampai di tempat kejadian, tiba-tiba sekumpulan gajah telah melintas dari kanan ke kiri jalan.

“Akibat jarak terlalu dekat mangsa tidak sempat mengelak dan telah melanggar seekor gajah tetapi haiwan tersebut telah melarikan diri masuk ke dalam hutan berhampiran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

Dalam pada itu, bapa mangsa, Mohd. Zainol Abu Bakar, 48, berkata, anaknya kini dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom dan semakin beransur pulih.

“Anak saya menerima jahitan di dahi dan tangan kanannya yang patah perlu dimasukkan besi. Mujur gajah berkenaan tidak mengamuk dan anak saya memberitahu dia memang tak nampak kumpulan gajah itu yang sedang melintas.

“Anak saya bekerja di sebuah restoran makanan segera dalam perjalanan dari Kluang ke Taman Seri Lambak bagi menghantar makan dipesan pelanggan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya