Pengguna, pembekal e-skuter perlu ada lesen 

Pengguna, pembekal e-skuter perlu ada lesen 

WEE Ka Siong pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri 2022 di Dataran Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan akan memastikan sebarang penggunaan skuter elektrik (e-skuter) di negara ini mendapat lesen untuk mengendalikannya. 

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya kini sedang memperhalusi beberapa dasar dan peraturan kecil bagi memastikan kenderaan mobiliti mikro itu dikawal penggunaannya. 

Beliau berkata, penggunaan kenderaan elektrik seperti e-skuter adalah termaktub dalam pindaan Akta 333 Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020. 

“Pindaan itu merangkumi semua aspek kenderaan yang digolongkan di bawah kenderaan mikro mobiliti yang mana ia mempunyai peraturan kecil mengenai spesifikasi kenderaan tersebut. 

“Kita kena perhalusi setiap satu kenderaan itu dan pendekatan sudah dibuat berkali-kali kerana jumlah mikro mobiliti ini amat banyak. 

“Nama sahaja macam e-bycycle tapi ia bukan basikal. Malah, kelajuannya pula jauh lebih laju. Oleh itu, kita kena lihat setiap satu persatu supaya kita tidak terlepas pandang,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Op Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri 2022 di sini, hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya