Pengasas dan Pengasas Bersama RichWorks lulus CIMA

Pengasas, Pengasas Bersama RichWorks lulus CIMA

DR. AZIZAN Osman (kanan) dan Zafrol Rizal Mat menerima ucapan tahniah daripada pihak pengurusan RichWorks selepas lulus peperiksaan akhir CIMA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pihak pengurusan merakamkan ucapan tahniah atas pencapaian Pengasas RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan Pengasas Bersama, Datuk Zafrol Rizal Mat selepas lulus peperiksaan akhir CIMA (Chartered Institute of Management Accountants), baru-baru ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, beliau mewakili pihak pengurusan dan kakitangan sangat berbangga dengan pencapaian pengasas dan pengasas bersama syarikat ini.

Katanya, seperti diketahui peperiksaan CIMA sangat komprehensif dan seseorang itu perlu meluangkan banyak masa dan usaha bagi menamatkannya.

“Mereka berdua membuktikan kepada kami bahawa pendidikan ini sebenarnya tak pernah berhenti meskipun sudah bekerja mahupun berniaga.

“Pembelajaran ini sepanjang hayat, tidak kira di mana kita berada sekarang ilmu sangat penting untuk meningkatkan nilai dan keupayaan diri,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkongsian Dr. Azizan mengenai keputusan peperiksaan akhir CIMA di LinkedIn pada khamis lalu.

Tambah Radz, Dr. Azizan turut berkongsikan salah satu matlamatnya untuk menjadi seorang Akauntan Bertauliah Malaysian Institute of Accountants (MIA).

“Meskipun banyak masa digunakan membimbing sekitar 300 usahawan jutawan dalam perniagaan dengan nilai jualan RM3.2 bilion, beliau tak pernah berhenti belajar.

“Ketika ini, Dr. Azizan juga merupakan calon bagi doktor falsafah, Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan di Asia e University yang dijangka tamat pada Oktober ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya