Penganggur aktif edar dadah sekitar Hilir Perak diberkas

Penganggur aktif edar dadah sekitar Hilir Perak diberkas

MIOR Faridalathrash Wahid menunjukan antara dadah jenis heroin yang ditemukan pada seorang lelaki yang ditahan di Teluk Intan dalam sidang akhbar di IPK Perak, Ipoh, Perak, hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kegiatan mengedar dadah oleh seorang lelaki sejak tiga bulan lalu di sekitar daerah Hilir Perak di sini terhenti apabila dicekup polis kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 39 tahun yang juga penganggur itu ditahan pada pukul 7 petang di tepi jalan kawasan ladang kelapa sawit, Jalan Teluk Intan-Bidor, Teluk Intan.

Katanya, pemeriksaan ke atas suspek menjumpai 10 bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 4,520.09 gram yang dianggarkan bernilai RM158,203.15.

“Pemeriksaan ujian saringan air kencing mendapati, suspek yang positif dadah jenis morfin itu aktif melakukan aktiviti pengedaran sejak tiga bulan lalu.

“Semakan rekod kesalahan lampau juga mendapati suspek mempunyai dua rekod bersabit kes dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Menurut beliau, jumlah dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada 10,000 penagih dan dipercayai untuk pasaran tempatan.

Katanya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti lokasi bekalan dadah itu diperoleh.

“Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita sebuah motosikal jenis Demak DV110 dianggarkan bernilai RM2,000.

“Suspek direman enam hari mulai semalam sehingga Selasa ini untuk  siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya