Pemimpin Sabah perlu bersatu demi pembangunan negeri

Pemimpin Sabah perlu bersatu demi pembangunan negeri

SHAFIE APDAL , BUNG MOKTAR RADIN dan HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tiga pemimpin utama Sabah perlu duduk berbincang dan mengenepikan ego masing-masing bagi mencari kesepakatan demi pembangunan Sabah.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, secara peribadi, beliau berpendapat ketiga-tiga pemimpin utama Sabah iaitu Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal harus duduk bersama-sama dan berbincang demi kepentingan rakyat.

“Ketiga-tiga mereka datang daripada parti yang sama dan mengenali antara satu sama lain.

“Malah, mereka tahu apa yang terbaik untuk Sabah jadi, jika ketiga-tiga mereka tidak boleh duduk bersama-sama, itu tindakan yang mementingkan diri. Mereka bertiga kena duduk berbincang bersama-sama.

“Cukuplah buatkan rakyat Sabah menderita untuk sekian lamanya,” katanya selepas majlis berbuka puasa semalam.

Khairul Firdaus berkata, ketiga-tiga pemimpin itu cukup berpengalaman dalam politik dan jika dilihat sudah dua tahun sejak Ketua Menteri memerintah Sabah.

“Mohd. Shafie seorang yang berpengetahuan luas mengenai politik persekutuan dan mungkin dia boleh jadi Perdana Menteri pada masa hadapan manakala, Bung Moktar pula seorang pemimpin yang baik dan faham masalah akar umbi.

“Beliau (Bung Moktar) boleh membantu negeri Sabah dengan bersuara di Parlimen.

“Kenapa kita tidak duduk bersama-sama. Parti berasaskan Kadazan Dusun Murut (KDM) sudah selesai kerana pemimpin KDM berada di bawah satu payung yang sama. Pemimpin bumiputera pula asyik bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, politik Sabah memerlukan reform dengan mewujudkan satu blok sendiri bersama-sama dengan Sarawak.

Itu akan memudahkan perbincangan pada masa hadapan berkaitan soal bajet dan perancangan pembangunan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya