Pemimpin politik kena jawab minit mesyuarat tular

Pemimpin politik kena jawab minit mesyuarat tular

AHMAD SHABERY CHEEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nama-nama pemimpin politik yang disebut dalam minit mesyuarat membabitkan satu parti perlu membuat penafian segera jika mendapati dokumen itu tidak benar.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, maklumat terkandung dalam dokumen itu mengandungi beberapa perkara antaranya perlu segera memenjarakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta mengambil tindakan ke atas Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau menjelaskan, dokumen yang tular itu mengingatkan isu Wikileaks iaitu pendedahan dokumen sulit antarabangsa sejak tahun 2006.

“Apakah akan wujud Pasleak pula kalau tidak ada penafian daripada Menteri Besar Terengganu sebagai tokoh penting dalam dokumen ini?” soal beliau dalam Facebook beliau hari ini.

Semalam tular dimedia sosial dengan beberapa keratan minit mesyuarat serta agenda parti itu yang mana tercatat beberapa pelan atau gerak kerja untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Beberapa nama pemimpin politik besar yang terlibat dalam plot menjatuh serta mengucar-kacirkan UMNO ketika ini yang mana melibatkan juga beberapa pemimpin kanan parti berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya