Pemilihan PKR: Ay Ling cabar Amin di Kangar - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR: Ay Ling cabar Amin di Kangar

GAN Ay Ling dan Noor Amin Ahmad bakal bertembung merebut jawatan Ketua Cabang PKR Kangar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling mengesahkan bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Kangar dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Keputusan tersebut sekali gus bakal menyaksikan pertembungan antara Ay Ling dan penyandang jawatan, Noor Amin Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri dan Ahli Parlimen Kangar.

Selain Ay Ling dan Noor Amin, turut menawarkan diri untuk merebut jawatan tersebut adalah anak kepada Pengerusi PKR negeri, Amar Amran.

Ay Ling yang merupakan Timbalan Ketua Cabang PKR Kangar sebelum ini pernah menjawat jawatan Ketua Wanita PKR negeri.

Meskipun akan berlaku pertandingan antara beliau dengan Noor Amin namun Ay Ling menyifatkan ia sebagai proses biasa dalam demokrasi bagi sesebuah parti politik.

Katanya, keputusan menawarkan diri bertanding jawatan ketua cabang tersebut juga adalah bagi memberi lebih peluang kepada ahli-ahli di kawasan berkenaan memilih.

Dalam masa sama, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada lebih 4,000 ahli di kawasan berkenaan membuat pilihan terbaik menentukan calon Ketua Cabang PKR Kangar dan barisan kepemimpinan kawasan itu.

“Keputusan untuk bertanding itu dibuat selepas mendengar pandangan semua pihak sama ada di peringkat cabang dan akar umbi.

“Agenda dan semangat reformasi akan terus diperjuangkan selain terus kekal fokus kepada isu rakyat,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya