'Pemilihan parti titik kemenangan moral PKR '

‘Pemilihan parti titik kemenangan moral PKR ‘

ADAM ADLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan sebuah parti yang mengangkat budaya nepotisme malah mempunyai barisan kepemimpinan yang percaya dengan sistem demokrasi. 

Aktivis sosial yang kini bertanding sebagai calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli berkata, proses pemilihan itu menjadi bukti parti tersebut sentiasa menambah baik kepemimpinannya.

“PKR  ini parti demokratik, dianggotai oleh orang-orang yang tidak gentar untuk terlibat dalam proses demokrasi walaupun dalam situasi yang dilihat runcing misalnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang kita jangka bakal dipanggil tidak lama lagi. 

“Kita ada keyakinan yang kuat bahawa anggota PKR cukup bersedia untuk mengisi dan memperkukuh kepimpinan parti menerusi pemilihan, sesuai dengan tanggungjawab perlembagaan kita tanpa perlu berselindung di sebalik alasan teknikal sehingga menangguhkan pemilihan seperti parti lawan. 

“Kenyataan Datuk Shahrul Nasrun Kamaruddin hanya mendedahkan kegusaran mereka apabila melihat tahap keyakinan PKR  berhadapan PRU15. Ini patut kita rai sebagai kemenangan moral awal buat kita di PKR,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Shahrul Nasrun berkata, pemilihan dan perebutan jawatan dalam parti itu sekadar untuk menafikan PKR sebuah parti berasaskan kroni dan keluarga presidennya sahaja.

Katanya, itu adalah sketsa politik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunjukkan PKR ini mempunyai nilai keramaian dan paling penting hendak tunjukkan PKR memperjuangkan demokrasi bukannya parti kroni dan keluarga Anwar. 

Tambah Adam, parti itu tidak terpengaruh dengan cakap-cakap kosong sepertimana yang dilontarkan oleh Shahrul Nasrun memandangkan ia tidak lain hanya mencerminkan sudut pandang politik cetek dan cenderung anti demokrasi.  

“Saya pula tertanya-tanya jika benar serangan lapuk yang sedangkal ini datang dari seorang EXCO Pemuda, atau hanya kiriman nakal daripada laskar siber,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya