Pemandu nyaris maut kereta jatuh gaung di Genting Highlands

Pemandu nyaris maut kereta jatuh gaung di Genting Highlands

ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat berusaha membantu mengeluarkan mangsa yang masih berada dalam kenderaan yang terjunam ke dalam gaung, di laluan naik ke Genting Highlands di Bentong, Pahang. - FOTO/IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas ke dalam gaung di Kilometer 5.6 laluan naik ke Genting Highlands di sini, kira-kira pukul 8.58 pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pemandu berusia 49 tahun yang nyaris maut itu memandu kenderaan khas jenis Proton Saga.

“Setelah mendapat maklumat, pasukan penyelamat dari Balai Bomba Genting Highlands segera ke lokasi kejadian dengan kekuatan seramai 10 orang anggota termasuk pegawai menggunakan dua buah jentera.

“Setiba di lokasi, pasukan penyelamat mengesahkan terdapat seorang mangsa yang ketika itu masih hidup dalam kenderaan tersebut.

“Setelah pemeriksaan dilakukan pemandu itu mengalami kecederaan di bahagian muka, kaki dan tangan.

“Pihak bomba berusaha menyelamatkanya dengan mengeluarkan mangsa daripada kenderaan yang remuk itu menggunakan scoop strechther, papan tulang belakang, kolar serviks dan tali penyelamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Zulfadli berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya