Pemandu maut, seorang pekerja parah jengkaut terbabas ke longkang

Pemandu maut, seorang pekerja parah jengkaut terbabas ke longkang

ANGGOTA bomba dan penyelamat Jerantut sedang mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah jengkaut yang terbabas dan terbalik ke longkang di Kilometer 4, Jalan Jerantut ke Benta, di Jerantut, Pahang, semalam. - FOTO/IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seorang pemandu jengkaut maut dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Jerantut-Benta di sini semalam. 

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd. Ikhsan Zahari, 37, berasal daripada Kampung Baru Serada, Kuala Terengganu maut di tempat kejadian setelah jengkaut dipandu terbaik ke dalam longkang.

Pekerja warga Bangladesh yang berada di atas jengkaut itu, Ibrahim Hossen, 25, mengalami cedera parah di bahagian kepala manakala rakannya, Hossain Shahin, 30, terselamat.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati jentera itu dipercayai gagal dikawal oleh pemandunya menyebabkan terbabas ke kiri jalan dan terbalik ke dalam longkang.

“Ketika kejadian mangsa bersama dua orang pekerja Bangladesh yang menumpang jentera berat itu dalam perjalanan pulang dari kawasan pembinaan ke rumah kongsi mereka di Kampung Sungai Par,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mazlan, mayat Mohd. Ikhsan dihantar ke Unit Forensik Hospital Jerantut untuk dibedah siasat selepas memperolehi keputusan saringan Covid-19.

Beliau berkata, lokasi kejadian iaitu merupakan jalan lama Jerantut ke Benta, jalan lurus terdiri daripada satu lorong dua hala, manakala kedudukan longkang di sebelah kiri jalan.

Ujarnya, kes kemalangan itu akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya