Pelajar UMT berbuka bawa bekas makanan

Sokong kempen selamatkan bumi, pelajar UMT berbuka bawa bekas makanan

PARA pelajar UMT membawa bekas makanan masing-masing bagi mendapatkan juadah berbuka percuma yang disediakan pihak universiti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Penganjuran Festival Ramadan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini mencipta kelainan apabila buat pertama kalinya kesemua 800 pelajar diminta membawa bekas makanan masing-masing bagi mendapatkan juadah iftar secara percuma.

Timbalan Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, Faizah Ismail berkata, inisiatif itu selaras untuk menyokong kempen ‘Selamatkan Bumi’ yang digerakkan universiti berkenaan.

Katanya, antara objektif utama kempen adalah untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali gus memupuk kesedaran pelajar mengenai kesan buruk bahan berkenaan kepada kemusnahan ekosistem alam. 

“Plastik terbukti telah mengancam hidupan marin seperti penyu yang semakin pupus di perairan Terengganu. 

“Sambutan positif pelajar terhadap kempen ini membolehkan UMT berjimat hampir RM20,000 bagi pembelian bekas makanan plastik di samping mengurangkan tenaga kerja pembersihan ekoran tiada longgokan sampah di samping dapat mengelak pembaziran makanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Faizah, setiap hari pihaknya menyediakan hidangan buat 800 pelajar dalam Festival Ramadan yang memasuki tahun ke-10 penganjurannya itu berbanding sebelum ini antara 300 ke 500 penuntut sahaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya