Pelajar perempuan maut kerana tergesa-gesa mahu ke sekolah

Pelajar perempuan maut kerana tergesa-gesa mahu ke sekolah

KEADAAN motosikal ditunggang seorang pelajar yang maut selepas merempuh pembentung konkrit di Kampung Aur Cina, Slow Machang, Pasir Mas, Kelantan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang pelajar perempuan maut ketika dalam perjalanan ke sekolah selepas motosikal ditungganginya terlanggar pembentung konkrit di Kampung Aur Cina, Slow Machang, di sini semalam.

Nahas berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi, namun, mangsa, Nurul Husna Abdullah, 14, disahkan meninggal dunia kira-kira setengah jam kemudian ketika dia menerima rawatan di Hospital Pasir Mas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 seorang diri kerana jarak rumahnya ke sekolah hanya kira-kira 300 meter.

“Mangsa baru belajar menunggang motosikal dan ketika kejadian, dia dikatakan terburu-buru kerana sudah terlewat untuk ke sekolah. Mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu sebelah kiri jalan.

“Insiden itu menyebabkan motosikalnya merempuh pembentung tembok konkrit sebelum dia tercampak ke dalam longkang dan mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Shuhaimi, penduduk kampung yang melihat kejadian itu terus memaklumkan nahas tersebut kepada bapanya, sebelum mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk menerima rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 39(5) akta sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya