PasLeak: 'Saya tidak tahu dokumen itu betul atau tidak'

PasLeak: ‘Saya tidak tahu dokumen itu betul atau tidak’

ISMAIL Sabri Yaakob ketika melancarkan Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan mengulas lanjut berhubung dokumen sulit dikenali sebagai ‘PasLeak’ yang tular ketika ini.

Menurut Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, beliau tidak tahu sama ada dokumen yang mengandungi gerakan untuk menjatuhkan UMNO itu betul atau tidak.

“Kita pun tak tahu dokumen itu betul atau tidak betul,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sesi taklimat umum dan Majlis Pelancaran Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera, di sini hari ini.

Beberapa hari lalu, tular dalam media sosial beberapa keratan minit mesyuarat dan agenda parti Pas yang mana tercatat beberapa pelan atau gerak kerja untuk menjatuhkan UMNO serta BN ketika ini.

Beberapa nama pemimpin politik besar yang terlibat dalam plot menjatuhkan UMNO ketika ini yang mana melibatkan juga beberapa pemimpin kanan parti berkenaan.

Sebelum ini, Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam kenyataannya menganggap dokumen itu sebagai ‘sampah’ dan menzahirkan rasa hairan kerana ada pihak yang percaya bahawa dokumen tersebut sebagai sesuatu yang benar.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainudin turut menyifatkan dokumen sulit dikenali sebagai ‘PasLeak’ itu sebagai sampah.

“Saya ingin menafikan bahawa tiada sebarang perbincangan dalaman PN untuk menjatuhkan sesiapa termasuk beberapa pemimpin UMNO yang dikaitkan dengan dokumen itu.

“Saya Setiausaha Agung PN, saya tak tahu pun ada perkara ini. Jadi, betullah Dr. Samsurin kata itu dokumen sampah, kerana tidak ada perbincangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya