PasLeak: Cubaan patahkan muafakat antara parti Melayu

PasLeak: Cubaan patahkan muafakat antara parti Melayu

IDRIS Ahmad ketika dalam sidang akhbar selepas majlis taklimat umum dan Pelancaran Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad menyifatkan tindakan pihak tertentu menyebarkan dokumen sulit dikenali sebagai PasLeak sebagai cubaan mematahkan muafakat dalam kalangan parti Melayu terutama antara Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) .

Sambil menafikan kesahihan dokumen itu, beliau bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang menganggap dokumen itu ‘sampah’.

Sebagai pemimpin tertinggi Pas, beliau bagaimanapun mengesahkan ada pertemuan dalam kalangan mereka namun tidak pernah membincangkan perkara-perkara berkaitan gerakan menjatuhkan UMNO sebagaimana dinyatakan dalam dokumen berkenaan.

“Saya ini pemimpin tertinggi Pas. Nama pun leak, dah tentu tak betul. Saudara pun mengaji bab media, kita nak ambil source (sumber) ini biarlah yang betul. Kita ambil yang jelas.

“Kata MB Terengganu, saya setuju lah. (dokumen sampah). Saya pemimpin tertinggi nombor tiga, satu level dengan saya Naib Presiden, saya nombor satu, kedua Nik Amar (Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah) dan nombor tiga Samsuri.  Kami bermesyuarat tak pernah bincang pun bab itu,” katanya.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis taklimat umum dan Pelancaran Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini. 

Beberapa hari lalu, tular dalam media sosial beberapa keratan minit mesyuarat dan agenda parti Pas yang mana tercatat beberapa pelan atau gerak kerja untuk menjatuhkan UMNO serta BN ketika ini.

Beberapa nama pemimpin politik besar yang terlibat dalam plot menjatuhkan UMNO ketika ini yang mana melibatkan juga beberapa pemimpin kanan parti berkenaan.

Sebelum ini, Ahmad Samsuri dalam kenyataannya, menganggap dokumen itu sebagai sampah dan menzahirkan rasa hairan kerana ada pihak yang percaya bahawa dokumen tersebut sebagai sesuatu yang benar. 

Dalam hal itu, Idris menempelak media yang cuba mendedahkan dokumen itu dan menganggap mereka tidak ada kerja lain melainkan mahu menjual berita masing-masing.

“Dia orang tak ada kerja lain la tu. Orang tak ada kerja lain nak bagi laku berita, berita pun nampak tak berapa nak laku. Yang keduanya, kadang nak bagi laku YouTube dia supaya orang bayar.

“Yang ketiga nak mematahkan muafakat dalam kalangan parti Melayu kita, MN dan PN. Orang nak yang ini. Kejayaan orang lain ini musuh kita apabila berlaku perpecahan dalam kalangan kita,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya