Pasangan kekasih mengaku curi barang kemas

Pasangan kekasih mengaku curi barang kemas

MUHAMMAD Efendi Sanusi Gunarto (dua dari kanan) dan Nur Sabrina Khairul (dua dari kiri) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas kesalahan mencuri barang kemas dalam kedai emas di Pekan Kuala Pilah pada 8 April lalu. - FOTO/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah di sini hari ini, atas kesalahan mencuri barang kemas dalam kedai emas di pekan Kuala Pilah, lebih seminggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Efendi Sanusi Gunarto, 24, dan Nur Sabrina Khairul, 22, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan bersama, kedua-duanya pada 8 April lalu kira-kira pukul 3.45 petang di Kedai Emas Pilah, telah mencuri barang kemas berupa seutas gelang tangan emas jenis Dunhill seberat 36.76 gram milik kedai emas berkenaan.

Kedua-duanya telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sekiranya bagi kesalahan kali kedua, boleh dikenakan tambahan hukuman sebatan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM6,000 setiap seorang dan kes ditangguhkan 25 April ini untuk menjatuhkan hukuman di Mahkamah Majistret.

Sebelum ini, media melaporkan sepasang kekasih yang bertindak melarikan seutas gelang emas bernilai RM10,000 dari sebuah kedai ditangkap kira-kira pukul 11.30 malam, 14 April lalu di Pudu, Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya