Pas terus usaha hidupkan Muafakat Nasional - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

Pas terus usaha hidupkan Muafakat Nasional – Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pas terus berusaha mempertahankan kerjasama Muafakat Nasional (MN) dengan UMNO walaupun hubungan antara kedua-dua parti itu didakwa sudah tergendala.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu teguh dengan pendirian untuk menyatukan ummah selaras dengan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita masih usaha supaya MN dihidupkan dan kita selaras dengan kepemimpinan Perdana Menteri,” katanya ketika ditanya pemberita selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berharap semua pihak terus bergerak ke arah mewujudkan muafakat ummah daripada menyalahkan sesama sendiri.

Pas dan UMNO memeterai gagasan MN pada September 2019. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya