Pas Leak: Pemuda Amanah tuntut penafian Hadi Awang

Pas Leak: Pemuda Amanah tuntut penafian Hadi Awang

KERATAN laporan Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menuntut penafian daripada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang susulan penularan dokumen sulit yang dikenali sebagai ‘Pas Leak’.

Ketua Pemudanya, Mohd. Hasbie Muda berkata, ini kerana penafian Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kurang menyakinkan. 

Selain itu, katanya, dokumen yang tular itu sangat mengejutkan kerana ia terbukti beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) didakwa cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik masing-masing termasuk mencampuri urusan mahkamah. 

“Penafian Naib Presiden Pas yang sekadar melabelkan dokumen tersebut sebagai ‘sampah’ adalah kurang meyakinkan. Pada masa yang sama beliau mengakui bahawa pertemuan dengan tokoh-tokoh yang disebutkan adalah benar. 

“Memandangkan intipati kandungan dokumen tersebut sangat berkait rapat dengan masa depan negara serta kebebasan institusi kehakiman negara, penafian tegas oleh pimpinan utama Pas iaitu Presidennya amatlah dituntut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Kelmarin, tular dalam media sosial beberapa keratan minit mesyuarat dan agenda parti itu yang mana tercatat beberapa pelan atau gerak kerja untuk menjatuhkan UMNO serta BN ketika ini.

Beberapa nama pemimpin politik besar yang terlibat dalam plot menjatuh dan mengucar-kacirkan UMNO ketika ini yang mana melibatkan juga beberapa pemimpin kanan parti berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya