Pas jamin sokong pindaan Perlembagaan 

Pas jamin sokong pindaan Perlembagaan 

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas memberi jaminan memberi sepenuh sokongan terhadap pindaan Perlembagaan dalam Sidang Khas Parlimen, Isnin ini. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 itu bertujuan meminda  Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 10(3) yang berkaitan dengan Perkara 10(1)(c), iaitu berhubung dengan kebebasan berpersatuan. 

“Perkara 10(1)(c) merangkumi 10. (1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4), manakala (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan. 

“Perkara 10(3) pula adalah (3) sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan. 

“Berdasarkan kes Dewan Undangan Negeri Kelantan -lawan- Nordin Salleh & Anor, yang diputuskan oleh Mahkamah Agong Malaysia pada 3 April 1992, sesuatu peruntukan undang-undang atau Perlembagaan Negeri berkaitan Sekatan Lompat Parti akan dianggap bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan selagi Perkara 10 tidak dipinda bagi membolehkan suatu Akta Lompat Parti digubal dan diluluskan oleh Parlimen. 

“Maka atas dasar inilah, jemaah menteri yang bersidang pada 6 April memutuskan Sidang Khas Parlimen pada 11 April perlu bersidang untuk meminda Perkara 10 bagi membolehkan suatu Akta berkaitan Lompat Parti dibentang dan diluluskan oleh Parlimen dalam suatu sidang yang lain,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Menurut Takiyuddin, jemaah menteri juga secara sebulat suara bersetuju bahawa perkara-perkara berkaitan dengan Lompat Parti dan implikasinya dari segi undang-undang perlu dimasukkan secara lengkap dan terperinci di dalam suatu Akta Parlimen yang khusus. 

“Akta Parlimen tersebut perlu merangkumi definisi-definisi yang tepat, misalan-misalan yang terang dan penjelasan yang konkrit bagi mengelakkan kekeliruan, penyalahgunaan kuasa dan kemungkinan berat sebelah yang turut menyebabkan pihak-pihak yang terkesan mencabarnya di mahkamah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya