[PARLIMEN) Politik negara membimbangkan sejak 39 MP lompat parti 

[PARLIMEN] Politik negara membimbangkan sejak 39 MP lompat parti 

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan 39 ahli parlimen melompat parti memperlihat amalan demokrasi negara kurang sihat dan berada pada tahap membimbangkan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perkembangan sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyebabkan rakyat menilai kesetiaan ahli Dewan Rakyat terhadap parti diwakili mereka.

“Umumnya, tindakan ahli Dewan Rakyat yang bertukar parti menyebabkan rakyat hilang kepercayaan yang dipilih daripada pilihan raya.

“Sikap dan tindakan bertukar parti oleh ahli Dewan Rakyat secara tidak langsung membuatkan rakyat menilai kesetiaan wakil rakyat terhadap parti dan pada masa sama memberi kesan kepada amalan demokrasi negara.

“Justeru, sepertimana semua sedia maklum, usaha bagi menambah baik sistem pentadbiran negara melalui transformasi pentadbiran secara kerjasama dwi partisan kerajaan Pakatan Harapan diterjemah melalui Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September tahun lalu,” katanya ketika membentang Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (no.3) 2022 dalam Mesyuarat Khas Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, adalah menjadi usaha kerajaan untuk menangani perkara itu mengambil kira keadaan politik negara membabitkan wakil rakyat yang bertukar parti. 

“Istilah lain sering diguna pakai di negara luar misalnya defection, party jumping atau floor crossing yang mana boleh diterjemah sebagai pembelot parti atau bertukar kesetiaan kepada parti lain.

“Keadaan ini menimbulkan perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum kerana melibatkan mandat ataupun kepercayaan wakil rakyat,” katanya lagi.

Katanya, penggunaan istilah ‘anti lompat parti’ hanya bersifat sementara, sebaliknya nama sewajarnya diperhalusi dalam RUU nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya