[PARLIMEN] ‘Kalau kami mahu, PM sekarang pun boleh ditukar’ 

[PARLIMEN] ‘Kalau kami mahu, PM sekarang pun boleh ditukar’ 

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri boleh diubah jika Pakatan Harapan (PH) mahu. 

Namun, melihat kepada kestabilan politik, Ahli Parlimen Kota Raja daripada PH, Mohamad Sabu berkata, pakatan itu tidak akan bertindak demikian ditambah pula dengan memorandum persefahaman (MoU) bersama kerajaan yang membuatkan pihaknya menghormati kerjasama dibawa. 

“Kalau sebelah kami salahkan sana, pihak sana salahkan sini. Sebab lompat ini berlaku di kedua-dua belah pihak.

“Jadi nak berhentikan ini, inilah Malaysia baharu. Keluarga Malaysia baharu yang nak dikemukakan ini. Jangan bimbang, imej Malaysia akan kembali pulih selepas ini. Rakyat akan kembali percaya kepada sistem demokrasi Malaysia.

“Masalahnya sekarang, rakyat benci kepada parti politik, benci kepada wakil rakyat. Kita lihat apa berlaku, mereka (rakyat) enggan keluar mengundi dan saya yakin selepas pindaan ini, rakyat  kembali yakin kepada sistem demokrasi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentang Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (no.3) 2022 dalam Mesyuarat Khas Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN