Pandangan Nurul Izzah cuma pandangan peribadi - Mat Sabu - Utusan Malaysia

Pandangan Nurul Izzah cuma pandangan peribadi – Mat Sabu

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah (Amanah), Mohamad Sabu menyifatkan pandangan Nurul Izzah Anwar hanya mencerminkan pandangan peribadi dan bukannya Pakatan Harapan (PH).

Justeru, beliau berkata, setiap ahli yang mengeluarkan kenyataan hanyalah pandangan peribadi, namun ia tidak mewakili suara gabungan parti Pakatan Harapan.

“Itu sebarang pandangan ahli dalam Pakatan Harapan, pandangan ahli-ahli dalam Pakatan Harapan bebas untuk mengeluarkan pandangan.

“Tapi Pakatan Harapan dari semasa ke semasa akan mengeluarkan kenyataan, kita bertanding bersama dengan gabungan untuk mengambil alih pentadbiran.” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan parti di Wisma Amanah, di sini.

Hadir sama Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan pimpinan Amanah yang lain.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas ramalan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang menjangkakan PH tewas pada dua lagi pusingan pilihan raya umum sebelum menguasai kerajaan.

Nurul Izzah berkata, PH berkemungkinan mengambil masa untuk menang dengan jayanya kerana rakyat masih trauma dengan apa yang berlaku semasa gabungan itu menjadi kerajaan selama 22 bulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya