Manfaat vape kepada perokok tegar lebih berkesan

Pakar: Manfaat vape kepada perokok tegar lebih berkesan berbanding pengganti nikotin

vape
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terdapat terlalu banyak carian di internet yang memaparkan maklumat negatif mengenai vape. Semua maklumat ini menenggelamkan manfaat yang diperolehi dari peranti tersebut jika digunakan oleh kumpulan sasarannya.

Tidak dinafikan bahawa vape mungkin memberikan sedikit kesan kepada kesihatan pengguna terutama kepada pengguna baru yang tidak pernah merokok.

Namun, manfaatnya kepada perokok tegar jauh lebih berkesan berbanding terapi penggantian nikotin konvensional.

Pengarah Master of Health Research Ethics (MOHRE) Itali, Prof. Fabio Beatrice berkata, terdapat bukti saintifik tentang keberkesanan dalam penggunaan vape yang mengandungi nikotin berbanding nikotin farmakologi dalam bentuk tablet atau kaedah tampalan.

“Vape boleh digunakan sebagai alternatif atau pilihan kedua sekiranya kaedah berhenti merokok konvensional tidak berjaya.

“Vape adalah jalan yang terbaik untuk mengurangkan kemudaratan atau pun kesan negatif kepada kesihatan yang disebabkan oleh pembakaran rokok tembakau,” katanya.

Beliau berpendapat, garis panduan program berhenti merokok sering menemui kegagalan.

Maka, fakta ini harus diambil kira bagi mencuba kaedah yang baru untuk membantu kes-kes gagal dalam membolehkan perokok berhenti merokok.

Katanya, satu polisi baru harus dibangunkan bagi membantu mereka yang gagal dalam program berhenti merokok secara konvensional.

“Dalam kes seperti ini, vape adalah pilihan yang paling sesuai bagi perokok tegar yang tidak mahu berhenti rokok atau gagal dalam program yang disediakan,” katanya.

Oleh yang demikian, Prof. Fabio berkata, vape tidak boleh dianggap sama seperti rokok tembakau kerana vape berupaya membantu perokok berhenti merokok serta mengurangkan kemudaratan dari pembakaran tembakau dan asap yang disedut ke dalam paru-paru.

Katanya, vape terbukti mampu mengurangkan kesan kemudaratan rokok sebanyak 95 peratus dan ini menjadi satu tanggungjawab untuk setiap negara dalam meningkatkan kualiti kesihatan awam dengan mengurangkan toksik yang diambil perokok tegar saban hari.

“Perokok tegar tidak boleh mengabaikan peluang ini. Strategi klinikal pengurangan risiko atau tawaran alternatif kepada rawatan kesihatan adalah sebahagian daripada latar belakang budaya bidang perubatan.

“Polisi yang melibatkan penentuan harga dan juga larangan atau pengharaman ke atas rokok tidak mencukupi untuk mengurangkan kadar kematian yang diakibatkan oleh tabiat merokok. Kita perlu lihat bantuan lain yang boleh kita berikan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga bersetuju bahawa negara yang mempunyai kadar merokok yang tinggi seperti di Malaysia harus mempertimbangkan vape sebagai salah satu kaedah dan bantuan kepada perokok tegar untuk berhenti merokok.

“Kita tidak dapat menyelesaikan penggunaan nikotin melalui vape tetapi kita dapat mengurangkan kes penyakit berkaitan rokok tembakau akibat sedutan asap rokok yang bertoksik dari pembakaran tembakau.

“Oleh yang demikian, vape merupakan pilihan yang paling tepat untuk perokok tegar yang gagal berhenti merokok dengan cara konvensional,” rumus beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya