Op Gempur Kumbahan pastikan operator loji rawatan ikut undang-undang

Op Gempur Kumbahan pastikan operator loji rawatan ikut undang-undang

PEGAWAI penguat kuasa JAS Negeri Sembilan ketika mengadakan Op Gempur Kumbahan di salah sebuah loji rawatan kumbahan di Seremban, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bagi memastikan operator loji rawatan kumbahan (LRK) sentiasa bersedia mematuhi kehendak perundangan alam sekitar dan mematuhi standard ditetapkan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan menjalankan Op Gempur Kumbahan bermula 18 April lalu sehingga semalam.

JAS Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan, operasi berkenaan dilakukan ke atas LRK di kawasan Nilai, Mantin, Bandar Ainsdale, Lukut, Sendayan dan Sikamat  melibatkan seramai sembilan pegawai penguat kuasa.

“Peraturan yang perlu dipatuhi oleh operator LRK ialah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009. Selain itu, objektif Op Gempur Kumbahan ini adalah untuk menunjukkan keseriusan jabatan dalam memastikan semua perundangan yang tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dipatuhi.

“JAS telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas 38 buah LRK dan siasatan menunjukkan tiada isu serius yang dikenal pasti dan pihak operator loji telah mengendalikan LRK dengan baik. Sebanyak 26 sampel kumbahan telah dihantar ke Jabatan Kimia Melaka dan Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk dianalisis,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya