OKT kes dera kanak-kanak pengsan dalam mahkamah

OKT kes dera kanak-kanak pengsan dalam mahkamah

ROSNAH V.S. MYDIN mengaku tidak tidak bersalah atas dakwaan mendera kanak-kanak berusia lima tahun yang juga cucu lelakinya di Mahkamah Sesyen Georgetown, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Galeri Mahkamah Sesyen Jenayah 2 di sini, hari ini dikejutkan dengan kejadian seorang wanita yang juga orang kena tuduh (OKT) bagi kes dera kanak-kanak, pengsan tiba-tiba.

Rosnah V. S. Mydin, 48, rebah sewaktu berdiri di dalam kandang tertuduh ketika pertuduhan ke atasnya sedang dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Bagaimanapun selepas kira-kira lima minit, mahkamah bersambung semula sebaik sahaja tertuduh mula pulih dan keadaan kesihatannya diperiksa oleh seorang doktor yang secara kebetulan berada di dalam mahkamah sama.

Terdahulu, Rosnah mengaku tidak bersalah atas dakwaan mendera kanak-kanak berusia lima tahun yang juga cucu lelakinya dalam kejadian di sini, bulan ini.

Mengikut pertuduhan, Rosnah didakwa menganiaya kanak-kanak lelaki berusia lima tahun sehingga menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di alamat Blok H-15-6 Flat Padang Tembak, daerah Timur Laut pada waktu siang bulan ini.

Dia dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Wan Amira Ruzaini memohon supaya Rosnah tidak dibenar diikat jamin memandangkan bimbang tertuduh mengganggu saksi yang juga ahli keluarga mangsa dan OKT.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin beserta tiga syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga perbicaraan selesai.

Selain itu, mahkamah mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport selain tidak dibenarkan mengganggu saksi perbicaraan kes tersebut.

Mazdi menetapkan 30 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula dan serahan dokumen serta supaya tertuduh melantik peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya