Negatif Covid-19 hari ke-4, boleh lepas pengasingan

Negatif Covid-19 hari ke-4, boleh lepas pengasingan

KHAIRY Jamaluddin dalam sidang akhbar di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bermula 1 Mei, individu positif Covid-19 boleh dilepaskan daripada pengasingan sekiranya ujian RTK Antigen pada hari keempat yang diselia oleh pengamal perubatan menunjukkan keputusan negatif. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagaimanapun jika keputusan ujian masih positif, individu tersebut perlu melengkapkan tempoh pengasingan tujuh tujuh hari. 

Katanya, ujian tersebut hendaklah dilakukan menggunakan RTK-antigen kendiri dengan penyeliaan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), sama ada secara fizikal ataupun secara maya (virtual).

 “Keputusan ujian tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam sistem eCOVID oleh pengamal perubatan bagi memastikan integrasi data dengan aplikasi MySejahtera dapat berlaku dalam tempoh kurang daripada satu jam, agar individu tersebut segera mendapat perintah pelepasan daripada pengasingan apabila keputusan ujian pengesanan tersebut negatif Covid-19.

“Sekiranya individu tidak memilih untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19, maka pelepasan diberikan secara automatik setelah menjalani pengasingan selama tujuh hari,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam masa sama, Khairy berkata, kemasukan individu ke mana-mana premis adalah dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi mereka. 

Ujarnya lagi, individu yang tidak dibenarkan masuk ke premis adalah yang positif Covid-19 walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap serta individu dalam tempoh Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO) termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya