Naik harga satu sen atas harga siling tetap salah - Utusan Malaysia

 Naik harga satu sen atas harga siling tetap salah

ALEXANDER Nanta Linggi ketika mengadakan program walkabout di Bazar Ramadan, di Putrajaya semalam. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jual lebih satu sen daripada harga maksimum  akan tetap dikira sebagai satu kesalahan bagi semua jenis barang kawalan. 

Itu amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi susulan tindakan segelintir peniaga menaikkan harga ayam yang dikesan berlaku di Johor. 

Menurut beliau, kerajaan menetapkan harga maksimum bagi barang kawalan idan ia perlu dipatuhi  peniaga di seluruh negara. 

Kata Alexander, tidak kira alasan diberikan kerana kementeriannya sudah membuat sekatan harga maksimum di pelbagai peringkat termasuk di ladang, pemborong dan peruncit. 

“Satu sen lebih pun sudah jadi kesalahan apa lagi jika dijual sehingga RM10 sekilogram, itu adalah kesalahan besar,” katanya ketika ditemui pada program walkabout di Bazar Ramadan, di sini hari ini. 

Beliau meminta pengguna supaya menyalurkan apa-apa aduan berkaitan kenaikan harga ayam  di tempat masing-masing supaya siasatan lanjut boleh dilakukan. 

Sebelum ini, media melaporkan kebanyakan peniaga di beberapa pasar basah utama di Pandan dan Larkin di Johor tidak mematuhi harga siling  dan menjualnya antara RM9.50 hingga RM10 berbanding RM8.90.

Bermula 5 Februari lalu, KPDNHEP menetapkan harga siling runcit bagi ayam standard adalah RM8.90 dan harga berkenaan akan berkuat kuasa sehingga 5 Jun depan bertujuan menjamin kestabilan harga ayam dan makanan berkaitan harga mentah. 

Sementara itu, Alexander berkata, peniaga juadah Ramadan  tidak sepatutnya menaikkan harga jualan kerana kebanyakan harga barang  mentah bagi keperluan buka puasa dan Hari Raya telah dikawal kerajaan melalui Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia sehingga 5 Jun depan. 

“Barang-barang tersebut termasuklah ayam, telur ayam, minyak masak sawit tulen, tepung gandum kegunaan am, gula, gas cecair memasak (LPG), RON95 dan diesel untuk pengangkutan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya