Murid asnaf, yatim bawa pulang lauk, kuih untuk berbuka puasa

Murid asnaf, yatim bawa pulang lauk, kuih untuk berbuka puasa

SEBAHAGIAN murid asnaf dan anak yatim ceria menerima lauk-pauk pemberian guru mereka di SK Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan. - FOTO/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kegembiraan tergambar di raut wajah 48 murid asnaf dan anak yatim Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa, Selising di sini, apabila mereka dibekalkan juadah untuk berbuka puasa sebelum pulang dari sekolah, baru-baru ini.

Sebanyak 48 bungkus ayam percik, ayam masak pedas, akok dan biskut raya itu diagihkan menerusi Program Cakna Sejiwa: Prihatin Warga SK Bukit Jawa terhadap anak didik kurang bernasib baik yang dikenal pasti.

Guru Besar SK Bukit Jawa, Fadzilah Sidik berkata, bungkusan lauk sebagai juadah iftar untuk dinikmati murid-murid terpilih bersama keluarga di rumah masing-masing itu sebagai tanda ingatan warga pendidik terhadap mereka.

Menurutnya, usaha mengumpul dana digerakkan Kelab Kebajikan Guru SK Bukit Jawa dengan bantuan Kesatuan Guru Melayu Kelantan (KGMK), Kedai SK Bukit Jawa, Persatuan Prihatin Komuniti Selising dan Masjid Mukim Selising.

“Pihak sekolah juga menerima sumbangan dana daripada wang zakat oleh pihak Risda dan Bank Kerjasama Rakyat supaya kita agihkan kepada murid-murid miskin dan kurang bernasib baik.

“Kesemua bantuan yang diterima dari pelbagai pihak dan agensi luar ini membolehkan kita melaksanakan program kebajikan di peringkat sekolah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di SK Bukit Jawa di sini, baru-baru ini.

Turut hadir meraikan 48 anak yatim dan anak keluarga asnaf ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh, Afifi Abdullah.

Fadzilah dalam pada itu berkata, penyertaan komuniti setempat amat memberangsangkan dan pihak sekolah turut mengalu-alukan kesediaan alumni sekolah untuk turut sama menjayakan program amal pada masa akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya