Muhyiddin jumpa sebab minta sokong jadi PM sekali lagi - Tun M

Muhyiddin jumpa sebab minta sokong jadi PM sekali lagi – Tun M

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumpa dengannya kerana mahu beliau memberi sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menjadi Perdana Menteri buat kali kedua. 

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, beliau tidak akan menyokong permintaan tersebut namun belum membuat sebarang keputusan mengenai kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

“Muhyiddin jumpa saya minta saya sokong dia untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi. Saya pun tak tahu sedangkan dia tahu Pejuang kalah dalam pilihan raya (Pilihan Raya Negeri Johor), kita tak kuat dan tak ada duit, tapi dia minta saya sokong. 

“Saya tak tau nak kata apa, (tetapi) saya tak jadi Perdana Menteri kerana Muhyiddin lah, dia tikam belakang. Jadi saya tak dapat jadi Perdana Menteri, sekarang ini dia nak minta tolong orang (yang) dia (pernah) tikam belakang, tetapi tak mati lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan perbincangan bersama Yayasan Anti Rasuah Malaysia di Yayasan Albukhary, di sini, hari ini.

Mahathir yakin Muhyiddin tidak akan meminta pertolongannya jika bekas Perdana Menteri itu mencapai perkara yang terbaik untuk Malaysia.

“Semasa dia (Muhyiddin) jadi Perdana menteri, kebanyakan orang tak puas hati dengan dia. Orang tak puas hati dengan dia punya kepimpinan. Dia bukannya Perdana Menteri yang bagus sebab itu tak ada orang nak pilih dia semula. 

“Jadi, kita tak fikir tentang tersebut (permintaan Muhyiddin yang meminta menyokongnya menjadi Perdana Menteri sekali lagi), kita tidak akan berikan sokongan kepada seseorang yang menjadi Perdana Menteri, tetapi gagal sama seperti (bekas Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak,” ujarnya.

MUHYIDDIN YASSIN

Semalam, media melaporkan, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan Dr. Mahathir didatangi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bagi membentuk kerjasama baharu menjelang PRU-15. 

Mukhriz berkata, pertemuan itu berlangsung kira-kira dua minggu lalu, setelah Bersatu tewas dalam PRN Johor.

Mengulas mengenai perbincangan bersama Yayasan Anti Rasuah Malaysia, Dr. mahathir berkata, perbincangan itu adalah satu dedikasi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama dengan parti politik yang menolak rasuah bagi mencari jalan bagaimana melawan rasuah terutamanya menjelang pilihan raya. 

“Kita dapati dalam piihan raya, banyak pengundi diberi wang untuk undi satu parti dan apabila kita cuba minta supaya Pejuang disokong, mereka bertanya Pejuang nak beri berapa (wang) sebab parti lain ada beri banyak duit. 

“Pejuang tak ada duit dan tak akan beli undi. Kita nak pengundi sokong Pejuang kerana kebaikan Pejuang melawan rasuah, bukannya beli undi mendapatkan sokongan. 

“Jadi di waktu ini, kita belum dapat satu cara berkesan dalam usaha bersihkan Malaysia dari rasuah. Sebab itu Pejuang akan bekerjasama dan berbincang berkenaan bagi mencari jalan bagaimana melawan rasuah di Malaysia,” ujarnya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya