ketua polis baharu

Mohd. Shokri Ketua Polis Padang Besar baharu

MOHD. Shokri Abdullah (kanan) menerima cenderamata daripada Saifudin Aslin Abbas sambil disaksikan Surina Saad dalam majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Padang Besar yang baharu di IPD Padang Besar, Perlis hari ini.- UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR : Bekas Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Polis, Mohd. Shokri Abdullah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Padang Besar yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Superintenden Saifudin Aslin Abbas yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perlis yang baharu.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad dalam satu majlis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Padang Besar di sini hari ini.

Mohd. Shokri, 48, yang berasal dari Guar Cempedak, Kedah sudah berkhidmat di dalam pasukan polis hampir 26 tahun selepas tamat latihan pada 1996.

Ditanya mengenai fokusnya dalam mengekang kegiatan jenayah di Padang Besar, Mohd. Shokri berkata, beliau akan mendapatkan maklumat daripada pegawainya terlebih dahulu.

“Buat masa ini, saya akan mendapatkan maklumat dan taklimat terlebih dahulu sebelum kita boleh mengatur langkah seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Surina mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut dan berharap dapat memantapkan lagi organisasi keselamatan itu.

“Peralihan jawatan ini merupakan salah satu daripada program penstrukturan dan pelarasan jawatan selepas IPK Perlis dinaiktaraf daripada gred C kepada gred B.

“Ia melibatkan pengukuhan dan pelarasan 53 jawatan pegawai di seluruh IPK dan IPD di negeri ini di bawah waran K178,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya