Modal RM5,000 dah boleh jadi pengasas - Zoey Rahman

Modal RM5,000 dah boleh jadi pengasas – Zoey Rahman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bagi pelakon dan pengasas jenama MikaSeries, Zoey Rahman, 37, menjadi seorang pengasas produk bukan satu perkara mudah dan memerlukan komitmen tinggi.

Katanya, seorang pengasas produk itu perlu mempunyai ilmu tentang perniagaan dan produk yang dihasilkan.

“Bukan senang nak jadi pengasas. Banyak perkara perlu diambil kira. Lebih-lebih lagi tentang produk yang dihasilkan.

“Paling utama sekali adalah tentang kilang. Sekarang banyak kilang segera yang menghasilkan produk tangkap muat.

“Jadi kepada yang nak jadi pengasas, berhati-hati dan bertanggungjawablah. Buat kaji selidik terlebih dahulu. Sekarang ini, dengan bermodalkan RM5,000 seseorang itu sudah boleh jadi pengasas,” katanya.

Pada masa sama, Zoey atau nama sebenarnya, Mohd. Hairey Azhar Abd. Rahman berkata, seorang pengasas produk harus peka dengan pemilihan kilang.

Katanya, pemilihan kilang yang mempunya pakar kimia adalah sangat penting bagi memastikan produk dihasilkan berkualiti dan tidak membahayakan.

“Pengasas tak ada ilmu tentang bidang kimia dan kerana itu perlunya ada pakar yang boleh memberi bimbingan dan khidmat nasihat dari sudut itu.

“Kehadiran pakar kimia penting kerana mereka dapat memberi input tentang pelbagai perkara berkaitan termasuk sesuatu bahan dan fungsi serta kesannya.

“Kalau sesebuah kilang itu tak ada pakar kimia, maka kilang itu bukan kilang berkualiti. Sebagai pengasas, kita kena ada pengetahuan tentang produk. Jadi di sinilah perlunya ada pakar kimia untuk menasihati tentang perkara-perkara tersebut,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya