MIC harap dapat dua kerusi DUN boleh menang di Perak

MIC harap dapat dua kerusi DUN boleh menang di Perak

 S.A. VIGNESWARAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: MIC berharap diberikan sekurang-kurangnya dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak yang boleh dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Tan Sri S.A. Vigneswaran berkata, kehadiran pemimpin dari kaum India dalam barisan Exco dilihat penting untuk membantu pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, satu pertemuan diadakan dalam masa terdekat bersama kepemimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan perkara itu.

“Saya secara peribadi  berjumpa dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan memberitahu beliau yang MIC perlu juga diberi kerusi boleh menang, sekurang-kurangnya dua kerusi dan beliau memahami hasrat itu.

“Keputusan berkaitan agihan kerusi ini perlu dilakukan segera. Kita tidak mahu apabila maklumat turun ke akar umbi, akan wujud pelbagai pertikaian hingga menjejaskan gerak kerja yang patut dilakukan,” katanya ketika ditemui pada program bantuan rakyat sempena Aidilfiri bagi Parlimen Sungai Siput di Pusat Konvensyen Sungai Siput, di sini hari ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya