Menghayati sambutan Nuzul Quran

Menghayati sambutan Nuzul Quran

PELATIH Madrasah Darul Solihin Al-Qadiri berkumpul membaca ayat suci Al-Quran dan menunaikan solat Maghrib berjemaah sempena sambutan Nuzul Quran di Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARA pelatih Madrasah Darul Solihin AL-Qadiri di Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor tidak ketinggalan menghayati Nuzul Quran pada hari ke-17 Ramadan, semalam.

Program bermula dengan bacaan al-Quran yang disertai lebih 50 pelatih, guru tahfiz dan penduduk sekitar disusuli dengan majlis berbuka puasa serta solat Maghrib berjemaah.

Nuzul Quran bagi memperingati turunnya ayat pertama kitab suci itu kembali dapat disambut oleh umat Islam di negara ini sebelum memasuki 10 malam terakhir pada bulan Ramadan.

Surau dan masjid di negara ini kembali dapat diimarahkan dengan sambutan Nuzul Quran selepas kerajaan mengumumkan peralihan fasa pandemik Covid-19 kepada endemik.

Justeru, pusat tahfiz turut diimarahkan dengan sambutan peristiwa penting bagi umat Islam yang menyingkap sejarah ayat-ayat al-Quran diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya