MB, Exco Pahang berdepan tuntutan RM3 juta

MB, Exco Pahang berdepan tuntutan RM3 juta

KHAIDIR Ahmad ketika membuat laporan polis berhubung kenyataan yang didakwanya fitnah ke atas dirinya menerusi posting di akaun Facebook Pahangku.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarang Berita TV3, Khaidir Ahmad menuntut permohonan maaf secara terbuka dan ganti rugi RM3 juta daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Mohd Rosdy Wan Ismail dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Khaidir mengatakan tuntutan itu dibuat atas kenyataan yang didakwanya fitnah ke atas dirinya menerusi sebuah posting di akaun Facebook Pahangku.

“Tuntutan dibuat susulan kenyataan fitnah yang dibuat menerusi posting atau terbitan di akaun Facebook PahangKu Media bertajuk ‘Iklan Ubat Kuat Khaidir Ahmad: Eksploitasi Kanak-Kanak Dan Manipulasi Gambar Kayu Baru Dipotong’ pada 10 Januari 2022,” katanya dalam satu kenyataan.

Menerusi surat tuntutan itu, Khaidir yang juga aktivis Alam Sekitar dan Rakyat menyifatkan kenyataan berkenaan adalah tidak benar, berniat jahat dan berunsur fitnah.

“Dua lagi pihak yang dinamakan dalam tuntutan itu ialah Portal Berita Kerajaan Negeri PahangKu Media dan Ketua Pengarang PahangKu Media, Azam Abdul Rahman,” katanya.

Surat tuntutan bertarikh 18 Mac 2022 itu dibuat menerusi firma guaman Law Practice of Rafique.

Menurut Khaidir, posting itu menggambarkan beliau sebagai seorang yang salah, terpesong serta memiliki keperibadian teruk, seorang dengan cara yang salah mempergunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk melakukan perkara yang menyalahi undang-undang demi untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri Pahang.

Selain itu seorang yang tidak berperikemanusiaan yang hanya mengeksploitasi kanak-kanak dan terlibat dalam perniagaan ubat kuat lelaki dan seorang yang mempunyai tabiat di luar tabii seperti pelaku amang seksual dan gemar mengeksploitasi kanak-kanak bagi tujuan meraih populariti.

Khaidir meminta pihak terbabit menarik balik semua kenyataan bersifat fitnah yang terkandung dalam posting Facebook berkenaan dan memohon maaf secara terbuka serta membayar ganti rugi RM3 juta dan kos guaman RM55,000 dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh surat tuntutan itu.

Jika gagal mematuhi Notis Tuntutan itu, Khaidir mengarahkan peguam beliau memulakan prosiding undang-undang terhadap empat pihak yang dinamakan dalam tuntutan berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya