Maritim Malaysia bantu warga India alami tekanan darah tinggi

Maritim Malaysia bantu warga India alami tekanan darah tinggi

MARITIM Malaysia Pulau Pinang mengkoordinasikan operasi Medevac melibatkan seorang kru kapal warga India yang disyaki mengalami tekanan darah tinggi dalam pelayaran dari Singapura ke Pelabuhan Kalinada India, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang mengkoordinasikan operasi pemindahan perubatan (Medevac) melibatkan seorang kru kapal Pacific Dove yang disyaki mengalami tekanan darah tinggi dalam pelayaran dari Singapura ke Pelabuhan Kalinada India, pagi ini.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan daripada ejen kapal tersebut kira-kira pukul 5.30 pagi.

Katanya, berdasarkan koordinat kapal pada masa itu berada dalam kawasan maritim Kedah/Perlis.

“Maka Maritim Negeri Pulau Pinang memohon bantuan aset dari Zon Maritim Kuala Kedah untuk diatur gerak ke lokasi kira-kira 6.9 batu nautika utara Mukah Head bagi membantu memindahkan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, bot Perkasa 1226 dari Zon Maritim Kuala Kedah diatur gerak dan tiba di lokasi kapal kira-kira pukul 8 pagi.

“Mangsa, Santosh Kumar, 47, yang merupakan warga India kemudian dipindahkan daripada kapal ke bot untuk dibawa ke Jeti Swettenham Pier sebelum dibawa ke Hospital Gleneagles Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut segera menghubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya