Maklumat mengelirukan, produk kerbau sejuk beku India dirampas

Maklumat mengelirukan, produk kerbau sejuk beku India dirampas

SEBAHAGIAN produk daging kerbau sejuk beku dari India yang dirampas Maqis Pulau Pinang di NBCT, Butterworth selepas didapati menggunakan maklumat tidak tepat serta mengelirukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas sebanyak 2,516 kotak produk daging kerbau sejuk beku dari India selepas didapati menggunakan maklumat tidak tepat serta mengelirukan.

Maqis Pulau Pinang dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua produk ruminan itu dirampas semasa pemeriksaan rutin terhadap kontena yang melalui Pelabuhan Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT) di sini, Sabtu lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kontena itu mengandungi 600 kotak bahagian hati seberat 6,000 kilogram (kg); 50 kotak ‘hock tendon’ (1,000 kg); 1,700 jantung (17,000 kg) dan 166 kotak ekor (2,988 kg)  dengan nilai pasaran keseluruhan sebanyak RM262,079.

“Kesemua barang dagangan tersebut juga ditahan untuk tindakan dan siasatan selanjutnya mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728],” kata kenyataan itu.

SEBAHAGIAN produk daging kerbau sejuk beku dari India yang dirampas Maqis Pulau Pinang.

Tambahnya, sabit kesalahan, mana-mana pemberi maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian di bawah peraturan itu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduanya sekali.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya