MAIPs salur bantuan

MAIPs salur RM577,000 bantuan makanan

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) pada majlis simbolik penyerahan sumbangan makanan menerusi Program Ziarah Dakwah Bil Hal MAIPs 2022 di perkarangan Masjid Putra, Simpang Empat, Arau, Perlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Sebanyak RM577,000 diperuntukkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) iaitu sumbangan makanan menerusi Program Ziarah Dakwah Bil Hal MAIPs 2022 di seluruh negeri ini.

Program tersebut adalah satu pendekatan MAIPs bagi membantu warga asnaf dan golongan memerlukan yang disalurkan terus melalui 102 masjid di seluruh Perlis.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor memberitahu, agihan makanan berkenaan adalah salah satu usaha MAIPs dalam memperkasakan institusi masjid sebagai pusat kesejahteraan sosial untuk ummah.

“Pendekatan turun padang sentiasa diutamakan oleh MAIPs bahkan semangat ini turut diterapkan kepada semua wakil kepimpinan MAIPs di peringkat kariah di seluruh negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada majlis simbolik penyerahan tersebut di pekarangan Masjid Putra, Simpang Empat di sini hari ini.

Sempena program tersebut, baginda turut berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs sebanyak RM21,000 kepada 30 asnaf terpilih dalam kariah masjid berkenaan. 

Para asnaf masing-masing menerima RM700 yang diagihkan amilnya, Hassan Harun. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya