LHDN terima 1.6 juta Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021

LHDN terima 1.6 juta Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021

KEJAYAAN Lembaga Hasil Dalam Negeri mengurangkan jumlah cukai tertunggak sejak lima tahun lalu wajar dipuji.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 1.6 juta Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan diterima Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) sehingga 31 Mac lalu.

LDHN dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu membabitkan penerimaan borang secara e-Filing dan manual.

Menurut LHDN, jumlah tersebut merangkumi Borang BE (1,157,135), Borang M (5,310), Borang TF (389), Borang TP (345), Borang BT (263) dan Borang MT (2).

“Jumlah Keseluruhan Penerimaan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 sehingga 31 Mac 2022 adalah 1,163,444,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, LHDN menyarankan pembayar cukai untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar borang dan kenaikan lewat bayar cukai. 

Kata lembaga tersebut lagi, pembayar cukai juga dinasihatkan untuk mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai jika ada.

Menurut LHDN, tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Cukai TT 2021 secara manual adalah pada 30 April manakala e-Filing pula pada 15 Mei. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya