Lelaki maut, isteri cedera kereta bertembung  MPV bawa ketum - Utusan Malaysia

Lelaki maut, isteri cedera kereta bertembung  MPV bawa ketum

KEADAAN MPV jenis Nissan Grand Livina yang membawa muatan daun ketum setelah terlibat kemalangan dengan kereta dinaiki pasangan suami isteri di Ayer Hitam, Jitra, Kubang Pasu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seorang petani maut manakala isterinya parah setelah kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) membawa muatan daun ketum di Jalan Alor Setar-Kangar di Kampung Padang Gelanggang, Ayer Hitam, Jitra di sini hari ini.

Dalam kejadian  pukul 2 pagi, Ahmad Sofberi Sharif, 38, maut di lokasi kejadian manakala isterinya, Hananie Hassim, 28, cedera di kepala, muka dan kedua-dua belah kaki.

Lelaki berusia 29 tahun yang memandu MPV jenis Nissan Grand Livina pula mengalami kecederaan patah kaki kanan selain mengalami luka pada tangan kanan dan dagu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, siasatan awal mendapati MPV tersebut yang dalam perjalanan dari arah Alor Setar menghala ke Kangar cuba memotong sebuah lori tetapi bertembung dengan kereta jenis Proton Iswara dinaiki pasangan suami isteri terbabit yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, pasangan suami isteri itu tersepit dalam kenderaan dan dikeluarkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Jitra,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut mendapati MPV berkenaan dipenuhi dengan muatan daun ketum seberat kira-kira 500 kilogram. 

“Setakat ini kami masih menyiasat mengenai penemuan daun ketum itu selain mengesan saksi bebas yang menyaksikan kemalangan itu,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya