diberkas polis

Lelaki ‘hilang’ selepas kemalangan dicekup

TANGKAP layar daripada sebuah video tular seorang lelaki berlari ke arah sebuah kereta yang sedang bergerak untuk merempuhnya sebelum menghilangkan diri di Jalan Goh Hock Huat di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pejalan kaki yang tular menghilangkan diri selepas ‘dilanggar’ sebuah kereta di Jalan Goh Hock Huat di sini, minggu lalu akhirnya berjaya diberkas polis semalam.

Lelaki warga Myanmar berusia 25 tahun itu ditahan di tempat kerjanya di Jalan Shahpadu Rantau Panjang di sini, kira-kira pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, penahanan itu dilakukan sepasukan polis menerusi hasil maklumat mengenai suspek.

“Lelaki warga asing itu diberkas di tempat kerjanya yang berada berdekatan lokasi kejadian.

“Suspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan kejadian itu tular menerusi video berdurasi 45 saat di sebuah laman Facebook persatuan penduduk semalam.

Siasatan mendapati seorang lelaki yang memandu kereta itu tampil membuat laporan polis mengenai kemalangan berkenaan, kira-kira pukul 12.08 tengah hari, 7 April lalu.

Berdasarkan laporan itu, seorang lelaki tidak dikenali yang berada di tengah jalan tiba-tiba melintas dan terus berlari melompat ke arah cermin depan kereta tersebut.

Sejurus kemalangan, pengadu memaklumkan kepada pejalan kaki itu bahawa keretanya mempunyai rakaman kamera papan pemuka lalu lelaki berkenaan terus beredar dengan hanya cedera ringan.

Mengulas lanjut, kata Vijaya Rao, siasatan awal setakat ini mendapati lelaki itu tidak mempunyai kumpulan.

“Siasatan lanjut bagaimanapun masih dijalankan secara menyeluruh. Kes itu diklasifikasikan sebagai perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya